MyTekan
Untuk Sales Advisor kereta

Kurang serabut. Lebih banyak close.

Customer, follow up, dokumen dan bank, semua tersusun dalam satu sistem, terus di phone anda.

Tiada kad diperlukan · Tiada download, terus buka di phone

Data anda hanya untuk anda

No. IC penuh tak pernah disimpan

Pasang di home screen macam app

Bayaran selamat melalui CHIP

Kerja SA dah cukup sibuk.
Rekod customer tak patut jadi beban.

01

Customer bersepah

Nama dalam WhatsApp, nota dalam buku, status dalam kepala. Bila nak cari, makan masa.

02

Follow up terlepas

Sibuk layan walk-in, customer semalam terlupa. Esok dia dah booking di showroom lain.

03

Dokumen tak lengkap

Dah nak submit, baru perasan slip gaji atau penyata bank belum ada.

04

Loan lulus ke belum?

Customer tanya, anda kena scroll chat dengan banker satu per satu.

Ciri

Semua yang SA perlukan, dalam satu sistem.

01 · Customer dan status

Setiap customer, jelas di langkah mana.

Ikut 5 langkah jualan: Prospect, Pending Dokumen, Pending Processing, LOU dan Deliver. Bila bank lulus dan semua lengkap, sistem tanya sama ada nak naikkan ke LOU.

  • Cari ikut nama, telefon atau no. plat
  • Tapis ikut status dengan satu tekan
02 · Follow up

Tak ada lagi customer yang terlupa.

Setiap pagi, terus nampak siapa perlu dihubungi hari ini, siapa yang dah lewat, dan siapa dalam 7 hari akan datang.

  • Nombor merah untuk follow up yang tertunggak
  • Buka WhatsApp customer dengan satu tekan
03 · Checklist dokumen

Tahu dokumen apa yang belum cukup.

Senarai dokumen ikut jenis pekerjaan customer. Tick yang dah ada, dan sistem tunjuk berapa lagi yang tinggal sebelum boleh submit ke bank.

  • Hantar senarai dokumen yang belum ada melalui WhatsApp
  • Senarai boleh diubah ikut cara kerja anda
04 · Bank dan banker

Rekod bank lulus, kenal banker terbaik.

Tanda bank mana yang anda submit dan bank mana yang lulus. Simpan kenalan banker anda dan lihat kadar lulus setiap seorang.

  • Pilih bank submit, kemudian tekan bank yang lulus
  • Hantar ringkasan kes kepada banker tanpa No. IC
Dashboard skor prestasi

Dashboard

Skor prestasi, sasaran bulanan dan pipeline jualan anda.

Laporan jualan

Laporan Excel

Tapis ikut bulan, model atau bank, kemudian salin terus ke Excel.

Senarai birthday customer

Birthday dan renewal

Ingat hari jadi customer dan tarikh renewal roadtax dan insurans. Peluang jualan seterusnya.

Mula dalam 3 langkah.

  1. 01

    Daftar percuma

    Nama, emel dan kata laluan. Siap dalam satu minit.

  2. 02

    Masukkan customer

    Nama, telefon, kereta dan status. Butiran lain boleh diisi kemudian.

  3. 03

    Ikut senarai follow up

    Buka MyTekan setiap pagi dan terus nampak siapa perlu dihubungi.

Tengok cara MyTekan berfungsi.

Harga

Mula percuma.
Langgan bila dah yakin.

Cuba percuma 14 hari. Plan Bulanan dan Tahunan buka semua ciri, tanpa had customer. Tiada auto-debit.

Percuma

Untuk cuba MyTekan dengan customer sebenar anda.

RM014 hari

Sehingga 15 customer.
Tiada kad diperlukan.

Mula percuma

Termasuk:

  • Customer dan status jualan
  • Senarai follow up
  • Checklist dokumen
  • Bank dan banker
  • Dashboard dan laporan

Bulanan

Untuk SA yang nak langgan tanpa komitmen panjang.

RM29/ bulan

Kurang dari RM1 sehari.
Berhenti bila-bila masa.

Langgan bulanan

Semua dalam Percuma, dan:

  • Customer tanpa had
  • Birthday customer
  • Renewal roadtax dan insurans
  • Data kekal selagi melanggan

Tahunan

Disyorkan

Untuk SA yang serius dan nak jimat lebih.

RM190/ tahun

Bersamaan RM15.83 sebulan.
Jimat RM158 berbanding bulanan.

Langgan tahunan

Semua dalam Bulanan, dan:

  • Sekali bayar untuk 365 hari
  • Harga tetap sepanjang 12 bulan
  • Tiada peringatan bayar setiap bulan

Bayar melalui FPX, DuitNow atau kad. Bayaran diproses dengan selamat oleh CHIP.

Soalan lazim

Selamat ke data customer saya?

Setiap akaun hanya boleh dibaca oleh pemiliknya, dan peraturan ini dikuatkuasakan dalam database. Pihak MyTekan pun tak boleh baca senarai customer anda. No. IC customer tak disimpan penuh, hanya tarikh lahir dan 4 digit akhir.

Perlu download dari App Store atau Play Store?

Tak perlu. Buka app.mytekan.com di browser phone, kemudian pilih Add to Home Screen. MyTekan akan duduk di home screen macam app biasa.

Boleh guna di iPhone dan Android?

Boleh, kedua-duanya. MyTekan juga boleh dibuka di laptop atau tablet dengan akaun yang sama.

Apa beza Plan Percuma dengan plan berbayar?

Plan Percuma boleh simpan sehingga 15 customer selama 14 hari, tanpa Birthday dan Renewal. Plan Bulanan dan Tahunan buka semua ciri tanpa had customer.

Apa jadi bila percubaan 14 hari tamat?

Data anda kekal dan masih boleh dilihat. Untuk terus tambah atau ubah customer, pilih Plan Bulanan atau Tahunan.

Kena auto-debit setiap bulan ke?

Tidak. Anda bayar sendiri melalui FPX, DuitNow atau kad bila nak sambung, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Saya jual lebih dari satu brand. Boleh guna?

Boleh. Pilih semua brand yang anda jual dalam Profil. Katalog ada Proton, Perodua, Honda, Toyota, Proton e.MAS, iCAUR, Jaecoo, Chery dan Omoda.

Boleh keluarkan data saya?

Boleh. Laporan customer boleh ditapis dan disalin terus ke Excel bila-bila masa.

Mula susun customer anda hari ini.

Percuma 14 hari. Tiada kad diperlukan.

Mula percuma 14 hari