Polisi Privasi
Data apa yang kami simpan, kenapa, dan siapa boleh melihatnya.
Dikemas kini: 29 November 2026
1. Siapa kami
MyTekan dikendalikan oleh MyTekan Enterprise (202403211216 / 003632841-K). Polisi ini menerangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, dan bagaimana kami melindunginya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang kami kumpul
Maklumat akaun anda: nama, emel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk yang disulitkan, kami tidak boleh melihatnya), serta tetapan profil seperti brand yang anda jual.
Data customer yang anda masukkan: contohnya nama, nombor telefon, model kereta, status jualan, senarai semak dokumen dan bank yang dihantar. No. IC tidak disimpan penuh: hanya tarikh lahir dan 4 digit akhir. Salinan dokumen customer tidak disimpan.
Maklumat bayaran: rekod langganan anda (plan, jumlah dan tarikh). Butiran kad atau akaun bank anda diproses terus oleh CHIP dan tidak disimpan oleh kami.
Maklumat teknikal: log asas seperti jenis browser dan masa akses, untuk keselamatan dan membaiki masalah.
3. Kenapa kami guna data ini
- Untuk menyediakan sistem MyTekan kepada anda dan menyimpan data anda.
- Untuk menghantar emel penting seperti pengesahan akaun, reset kata laluan dan resit bayaran.
- Untuk keselamatan, mencegah penyalahgunaan, dan membaiki masalah teknikal.
Kami tidak menjual data anda atau data customer anda kepada sesiapa.
4. Siapa boleh melihat data
Setiap akaun hanya boleh membaca data miliknya sendiri. Peraturan ini dikuatkuasakan di peringkat database, bukan di paparan sahaja.
Kami tidak membuka data customer anda, kecuali anda meminta bantuan teknikal secara bertulis atau kami diwajibkan oleh undang-undang.
5. Pihak ketiga yang kami guna
- Supabase: database dan log masuk. Data disimpan di pusat data Singapura.
- Cloudflare: hosting laman web dan sistem.
- CHIP: pemprosesan bayaran.
- Penyedia emel: untuk menghantar emel pengesahan dan reset kata laluan.
Mereka hanya memproses data setakat yang perlu untuk perkhidmatan tersebut.
6. Cookie
MyTekan menggunakan storan browser untuk memastikan anda kekal log masuk. Buat masa ini kami tidak menggunakan cookie pengiklanan. Jika kami menambah alat analitik atau pengiklanan pada laman web ini, polisi ini akan dikemas kini.
7. Berapa lama data disimpan
Data anda disimpan selagi akaun anda wujud, termasuk selepas langganan tamat, supaya anda boleh menyambung semula tanpa kehilangan rekod. Jika anda meminta akaun dipadam, kami akan memadam akaun dan data customer anda dalam masa 30 hari.
8. Hak anda
- Melihat dan membetulkan data anda pada bila-bila masa dalam sistem.
- Mengeluarkan salinan data customer anda (laporan boleh disalin ke Excel).
- Meminta akaun dan semua data anda dipadam.
- Menarik balik persetujuan dengan berhenti menggunakan MyTekan dan meminta data dipadam.
Untuk sebarang permintaan, emel support@mytekan.com atau WhatsApp 011-6836 0853.
9. Keselamatan
Sambungan ke MyTekan disulitkan (HTTPS). Akses data dihadkan mengikut akaun di peringkat database. Tiada sistem yang 100% selamat, jadi sila guna kata laluan yang kuat dan jangan kongsi akaun anda.
10. Perubahan polisi
Kami boleh mengemas kini polisi ini. Perubahan besar akan diberitahu melalui emel atau dalam sistem.