Polisi Refund
Cuba percuma dulu, bayar bila yakin, dan berhenti bila-bila masa.
Dikemas kini: 29 November 2026
Cuba dulu, percuma
Setiap akaun baru mendapat Plan Percuma selama 14 hari, tanpa kad. Gunakan tempoh ini untuk pastikan MyTekan sesuai dengan cara kerja anda sebelum membayar.
Tiada refund selepas bayaran
Bayaran untuk Plan Bulanan (RM29) dan Plan Tahunan (RM190) tidak dikembalikan, termasuk untuk baki tempoh yang tidak digunakan.
Berhenti bila-bila masa
Tiada auto-debit dan tiada kontrak. Jika anda tidak mahu meneruskan, jangan sambung langganan. Akses penuh kekal sehingga tempoh yang anda bayar tamat. Selepas itu data anda kekal dan masih boleh dilihat.
Bila kami akan pulangkan wang
Kami akan pulangkan bayaran anda sepenuhnya jika:
- Anda dicaj dua kali untuk tempoh yang sama.
- Bayaran berjaya tetapi langganan anda tidak diaktifkan, dan kami tidak dapat membetulkannya.
Sila hubungi kami dalam masa 14 hari dari tarikh bayaran, bersama emel akaun dan resit bayaran. Refund yang diluluskan akan dikembalikan melalui kaedah bayaran asal dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja.
Hubungi kami
Emel support@mytekan.com atau WhatsApp 011-6836 0853.